kenapa kena jeles??


aku tak paham dengan diri sendiri. kenapa nak kena jeles dengan dia?? aku sape yang nak jeles?? aku ada hak ke?? jadi, perlukah aku kena merasa semua ni?? tapi serius sumpah aku tak tipu aku jeles. padan muka sape suruh gatal tangan pegi bukak facebook dia..nahh kaw! berjela2......

tapi yang aku pelik masa awal2 dia add aku dia tak ada lak taip kat wall aku. memang tak penah kot. TAK! tapi ni lain. berjela-jela msg dia type kt.......wow!! impressed! great new findings huh! aduyai..tolong2! aku tak suka bila aku rasa macam ni. memang tak senang duduk. jadi tak keruan. dah tak tau nak buat ape. blank!

compared to myself memang beza sangatla macam langit dengan bumi. aku tak secantik dia. mungkin tak sepandai dia juga. kotla. yang paling top sekali aku tak se-HOT dia! itu betul! mungkin sebab tu kot. mungkin sebab aku bukan orang kl so aku tak boleh buat lifestyle aku macam orang kl. ada aku kesah?? i'm damn proud to be penangite! so what?? kalau ada orang tak suka aku yang asal dari utara bia la! aku mungkin jenis yang tak menunjuk kalau aku suka kat orang. sape2 yang kenal rapat dengan aku serius akan tau benda ni. aku lebih suka pendam and buat2 macam takde pape. mungkin aku tak sepatotnya buat macam ni. mungkin tindakan aku bodoh tapi memang aku macam ni. aku penah cuba ubah tapi tak boleh jugak. so still salah aku jugak ke kalau aku dah cuba??

sebelum ni aku nampak dia dengan orang laen memang aku sikit pon tak kesah. bila kali ni aku tengok memang aku terdiam! terkejut. terbeliak. i'm speechless. numbed. paralyzed! semua ada. sangat laen bila dengan gadis itu. aku dah mula syg kat dia ke sampai dia msg macam tu aku dah jeles?? aku dari awal perkenalan memang dah boleh agak dia ni jenis yang suka pada perempuan yang hot, cun, lawa, free-hair type. tapi kali ni aku rasa sangat lain.

mungkin aku tak patut rasa macam ni. aku mane ada pape dengan dia. sekai sekala je jumpa. "ada hati ke kaw nak kt dia wani?? dia sikit pon tak pandang kaw. tlgla berhenti berharap dan berangan wani! berpijakla di bumi yang nyata. mungkin orang macam tu hanya nak cari orang urban je. aku dari penang ade orang pandang ke??" dahla. penat je aku menunggu kaw encik. sampai bila2 pon kaw tak akan nampak dan teropong aku. penat jugak aku menjadi tukang pemerhati kaw dari awal kita kenal. do whatever you please. tepuk sebelah tangan memang tak menarek langsung! tambah sakit hati adala.

sekarang memang aku dah belajar dari kesilapan. ok. aku cuba untuk berfikiran optimistik. liberal. and jangan sampai aku end up as lesbo je nnt. obviously tak! even aku dah byk kali failed aku takkan jd seteruk tu nanti. so please stop thinking abt him! he's nothing for me. i shud get someone that concerns more that myself. bukan aku yang terhegeh2 or yang kena tunggu dia! this is not so me! pasni memang aku akan keras hati! dengan kaw. bukan dengan orang laen. kalau kaw tego aku kat mana2 ruangan alam maya memang aku takkan respon blk. bia cakap aku sombong. memang aku dah penat. terima kasih sebab bagi aku rasa macam ni tyme pagi2 buta. dan kaw jugak berjaya bagi air mata menitik jatuh mengikut aliran graviti. aku menyesal kerana menyukai kaw. my biggest mistake! 

i'll let u go like tht balloons. once i let go the rope and u'll be free indeed from my inside. my deepest prayer. =]


4 comments:

Nazrin Saad said...

baca blog sy...
jeles x???

waney jalil said...

huh?? yg psl nota2 kt plastik tu ke?? it's good for to have brothers and sisters yg always syg abg nas..terharu gkla bc..seyes sweet...abg nas sgt bertuah..do u know that?? =]

tapi berbeza dgn wney skrg. dah xlarat nak sdey dah abg nas. keje asyk kecik ati, sdey. tu je..haih....

Misal Zarith said...

waney gedik!ngn ak xnk cter..tp2 ak kan menyiasat sndri!

waney jalil said...

hahaha..wokeyp! good luck!

alaa..ko pon gedik. dah dapat taw dah kot! haha